Followers

Showing posts with label Kek Buah. Show all posts
Showing posts with label Kek Buah. Show all posts

Saturday, May 21, 2011

Kek Buah

Kek buah berat 1kg/7" ni dioder oleh Adeline untuk hari lahir suaminya. Adeline tak mahu deco dengan aising sebab nak makan-makan saja.  Tapi aku yang terlebih rajin membalut ni supaya nampak istimewa sikit, ye la untuk birthday kan. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak ya Adeline.

Wednesday, August 5, 2009

Kek Butter Prune

Layan gambar dulu ekk...resipi nanti update...line tenet kurang elok (dapat upload gambar ni pun dah kira lega...)

Okay ni resepinya:

250gm butter
240 gm tepung naik sendiri
200 gm gula
5 biji telur gred A
1/4 cawan susu segar/ susu cair
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh soda bikarbonat
100gm prune - dipotong halus dan gaulkan dengan sedikit tepung.
50gm almond nibs
50gm chocolate chips

1. Satukan tepung dan soda, ayak.
2. Pukul butter dan gula hingga gebu.
3. Dalam bekas berasingan pukul telur dan esen vanila hingga betul2 kembang.
4. Satukan telur ke dalam adunan mentega dan sebatikan.
5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu. Sebatikan.
4. Akhir sekali masukkan buah prune dan coklat chip, sebatikan.
5. Lenserkan loyang, masukkan adunan dan taburkan almond nibs. Bakar hingga masak.

Sunday, February 1, 2009

Kek Buah


Resipi kek buah ni saya ambil daripada majalah Jelita keluaran Disember 1995...saya ni memang minat mengumpul resipi sejak zaman sekolah lagi. Tapi jarang cuba semua resipi, sbb beberapa kali terkena resipi yang tak menjadi. Inilah resipi Kek Buah yang pertama saya cuba bertahun yang lalu dan hingga sekarang saya guna resipi ni. Insya Allah menjadi coz ini resipi Pn. Charijah Dato' Shariff.
Tapi kek kali ni terlebih masa kat dalam oven sbb saya ralit tgk Midsomer Murder...timer oven rosak pula, tu yang terlebih perang keknya =D. Ok ni resipinya:
Kek Buah
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
(ayak semua bahan di atas)
3/4 cawan butter
1 cawan gula perang
3 biji telur
Bahan B (digaulkan semuanya)
1/2 cawan badam hiris
1 cawan kismis
1 cawan kulit limau
1/2 cawan ceri - semua buah ni(kecuali badam) saya ganti ngan sekotak Fruits Mix 375gm
1 sudu teh serbuk pala
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan madu
1/2 camca teh bawang putih tumbuk - saya tak pernah letak
1. Satukan semua bahan yang telah digaulkan tadi dengan tepung yang telah diayak. Sebatikan
dan ketepikan dahulu.
2. Putar butter dan gula perang hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji....lebih kurang seminit selang sebiji tu, ini untuk pastikan
telur tu betul2 sebati.
4. Kemudian masukkan bahan no. 1. Kacau guna senduk kayu atau spatula saja, hingga
semuanya bercampur rata.
5. Lapik dasar dan tepi acuan bulat 8" dengan beberapa lapis baking paper. Ini untuk
mengelakkan kek daripada hangus.
6. Masukkan adunan dan bakar dalam 1jam 1/2 atau hingga masak.
7. Setelah masak keluarkan daripada oven dan tutup permukaan acuan dengan aluminium foil
dan biarkan sejuk. Ini untuk menjadikan kek agak lembap. Kemudian keluarkan daripada
acuan dan balut kek dengan aluminium foil untuk mengelakkan masuk angin. Kek ni lagi
sedap kalau dimakan selepas beberapa hari kerana rasa buah-buahnya mula meresap.

Saturday, January 24, 2009

Kek Nanas Terbalik lagi...


Kek Nanas Terbalik ni dioder oleh Anom untuk dibawa ke Genting Highland...cuti-cuti M'sia ngan family dia. Selamat bercuti....

Wednesday, November 19, 2008

Kek Nanas Terbalik


Kek Nanas/Nenas ni memang sedap dan moist. Resipinya saya telah ubahsuai sikit ikut bahan yang ada di dapur....:-

Sesiapa yang ingin mencuba,ini resipinya:


KEK NANAS TERBALIK
Bahan-bahan:
Topping
1 tin nanas (bulat)-toskan, jusnya simpan untuk kek
3 sudu besar gula perang
Beberapa biji buah ceri
1 sudu makan butter

Kek
2 cawan tepung naik sendiri + 1/2 sk soda bikarbonat - ayak bersama-sama
1 3/4 cawan gula kastor
230gm butter/marjerin
4 biji telur
3/4 cawan jus nenas(dalam tin tadi)
50gm badam kisar
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:

Toppingnya:-
  1. Lengserkan acuan 8in(saya guna acuan 4 segi 9x9) dengan butter.
  2. Kemudian taburkan gula perang dan susunkan kepingan nenas.
  3. Letakkan buah ceri ke dalam lubang kepingan nanas tadi.Saya belah dua buah ceri tu....jimat,hehehe. Ketepikan dulu loyang.
Untuk kek:-
  1. Pukul butter dan gula kastor hingga gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji, setiap kali masukkan telur, pukul 1 minit untuk memastikan ia sebati.
  2. Kemudian masukkan serbuk badam dan vanila, sebatikan.
  3. Masukkan tepung berselang-seli dengan jus nanas,adun hingga rata.
  4. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disusun nenas tadi.
  5. Bakar dalam oven bersuhu 170 celcius yang telah dipanaskan terlebih dahulu, hingga masak( lebih kurang 50 minit). Suhu oven ni bergantung pada oven memasing ye.
  6. Bila dah masak, sejukkan dalam 15 minit, baru diterbalikkan kek tadi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails