Followers

Friday, November 18, 2011

HAPPY BIRTHDAY FARAH

Chocolate Cheese Cake

Saturday, October 15, 2011

Monday, October 10, 2011

Thursday, July 28, 2011

Chocolate Cheese Cake


Choc Cheesecake - 1.5kg

Kek yang terakhir sebelum berpuasa....Kek ni dioder oleh Dzuliana aka Julie beberapa bulan yang lalu.  Memang awal Julie oder sbb takut aku tak terima kalau oder adhoc....betul tu. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak ya Julie.  Selamat berpuasa.

Saturday, July 23, 2011

Kek Coklat Moist


Kek Choc Moist 1kg

Oder daripada Hafizah Sa'aban  untuk hari lahir anaknya Farah Inani. TQ Fiza.

Thursday, July 21, 2011

Chocolate Cheese Cake

Choc Cheesecake 1kg
Oder darpada Serikhanteni untuk hari lahir suaminya....TQ Seri.

Sunday, July 3, 2011

SELAMAT BERTUNANG FATIN


Kek Carrot 

Fancy Cookies

Sunday, June 26, 2011

Friday, May 27, 2011

Peach Cheesecake

Kek cheese ni dioder oleh Anom untuk makan-makan. Kek cheese ni bukan saja dihias dengan buah peach tetapi dalamnya juga mengandungi buah peach yang telah didadu....memang sedap. Terima kasih Anom atas oder ni....memang peminat cheese ni.

Selamat Bertunang


Adusss, gambar blur lah pula...ni kes nak cepatlah ni, sebab nak bersiap balik Shah Alam. Maklumlah cuti sekolah dah bermula. 
Tempahan ni datangnya daripada Hidayah untuk majlis pertunangannya.  Warna temanya ialah peach dan putih. Kotak hantaran tu Hidayah beri siap-siap untuk aku susunkan cupcake yang dah siap. Ini sebenarnya carrot cupcake dengan cream cheese frosting, cuma bunga saja menggunakan buttercream sebab agak sukar nak buat bunga menggunakan cream cheese. Terima kasih banyak-banyak ya Hidayah.  Tak lupa juga terima kasih kepada Ilina Fazlin kerana memperkenalkan PLC kepada temannya ni.

Thursday, May 26, 2011

Chocolate Blueberry Cheese

Kali kedua tempahan chocolate blueberry cheese dalam bulan ni.  Kali ni oder diterima daripada Julie untuk kenduri kahwin di kampungnya...untuk jamu makan-makan.  Terima kasih Julie.

Wednesday, May 25, 2011

Kek Coklat Moist

Kek coklat moist ni dioder oleh  ibu saudara Qamarini. Lepas je tengok kek coklat yang Qama tempah hari tu, terus ibu saudaranya minta Qama oderkan kek untuknya. Mujurlah gambar edible ni boleh siap dalam masa dua hari...terima kasih kepada Arie dari Edibleprint. Terima kasih juga kepada Qama kerana memanjangkan oder ni.

Tuesday, May 24, 2011

Kek Carrot

Tempahan daripada Lina untuk diberikan kepada guru-guru nursery anak-anaknya. Terima kasih Lina.

Saturday, May 21, 2011

Kek Buah

Kek buah berat 1kg/7" ni dioder oleh Adeline untuk hari lahir suaminya. Adeline tak mahu deco dengan aising sebab nak makan-makan saja.  Tapi aku yang terlebih rajin membalut ni supaya nampak istimewa sikit, ye la untuk birthday kan. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak ya Adeline.

Friday, May 20, 2011

Moist Chocolate Cake With Choc Roses


Kek coklat moist ni dioder oleh Qamarini sempena hari lahir adiknya Mustaqim. Qama ni selalu oder kek dengan PLC. Qama minta kek coklat seberat 2kg...tapi campur dengan bunga ros tu dah jadi hampir 3kg beratnya...tak pa yang lebih kita sedekah.  Terima kasih banyak-banyak kepada Qama atas oder ni dan oder yang lain. 

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU


Kek carrot ni dioder oleh SMK Kulim sempena sambutan Hari Guru baru-baru ini. Yang di atas adalah untuk upacara potong kek. Setiap biji kek seberat 2kg untuk jamuan selepas majlis. Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Siti Zaharah atas oder ni.

Sunday, May 15, 2011

Kek Coklat Moist



Kedua-dua kek coklat di atas dioder oleh Lily dan Kak Sarina. Selepas melihat kek yang dioder oleh Kak Min aritu, terus mereka oder kek coklat ni....nak bunga ros atas kek. Lain dari yang lain kata Lily. Terima kasih kepada Lily dan Kak Sarina kerana selalu oder daripada saya.

Chocolate Blueberry Cheesecake


Choc Blueberry Cheese Cake - 1kg

Oder daripada Kak Noraini untuk makan-makan di ofis...sempena hari guru ya Kak Ani? Terima kasih banyak2 atas oder ni ya.

Friday, May 13, 2011

Selamat Pengantin Baru Masri dan Nuha...


Kek Chocolate Blueberry Cheesecake - 1kg

Kek ni dioder oleh Masri untuk hantaran majlis pernikahannya dengan Nuha. Masri minta kek chocolate blueberry cheese tapi nak hiasannya warna putih dan biru laut....jadi inilah hasilnya. Terima kasih banyak-banyak Masri atas oder ni. 

Thursday, May 12, 2011

Moist Chocolate Cake

Kek Coklat Moist - 2kg

Kek Coklat Moist - 1kg

Kedua-dua kek coklat ini dioder oleh Kak Min. Kek yang di atas adalah untuk sepupunya, manakala yang ada bunga ros tu kek untuk Kak Min.  Terima kasih atas oder ni.

Wednesday, May 4, 2011

Cupcake Strawberry

Cupcake ni dioder oleh Dzuliana untuk dijadikan cenderahati kepada penceramah bagi program berkaitan subjek IT di sekolah. Julie minta buatkan apa saja cupcake yang sesuai dengan bajet yang diperuntukan. Jadi terhasillah cupcake strawberry ni. Aku menggunakan puri strawberry....ada extra buah strawberry dari Cameron Highland hari tu, so aku kisar halus untuk buat kek ni.  Rasanya sedap berbanding menggunakan strawberry paste....ye lah pure strawberry.
Terima kasih Julie atas oder ni.

Friday, April 29, 2011

Cupcake Pertunangan

Cupcake ni dioder oleh Kak Norida untuk majlis pertunangan anak saudaranya. Tema hantarannya ialah merah dan putih. Pertama kali cuba buttercream warna ni. Selalunya bila campur warna merah ke dalam buttercream akan terhasil warna merah muda. Tapi atas tunjuk ajar rakan baker, dapat juga menghasilkan warna merah terang ni.  Terima kasih Kak Ida atas oder ni.

Kek Pertunangan...


Kek fondant ni dioder oleh Qamarini untuk majlis pertunangan sepupunya.  Di dalamnya ialah kek carrot. Qama minta hiasan bertema biru laut.  Harap menepati permintaan Qama. Tak sempat jumpa masa hantar tadi...jumpa mamanya saja. Mamanya, Kak Noraini mengajar satu sekolah dengan aku. Nak bertolak ke KL lepas solat Jumaat nanti....semoga selamat perjalanannya.

Thursday, April 7, 2011

Strawberry Cheese Cake

Kek cheese ni pula dioder oleh Dzuliana untuk makan-makan. Terima kasih Julie...

Saturday, April 2, 2011

Carrot Cupcake

Carrot cupcake ni pula dioder oleh Kak Normah untuk makan-makan. Kak Normah juga oder mini blueberry cheese tart.

Saturday, March 26, 2011

Kedua-dua cupcake di atas di oder oleh Anom untuk hari lahir anaknya Rauqah.  Tak buat majlis, cuma nak beri kepada rakan-rakan sepermainan Rauqah.  Terima kasih Anom.

Thursday, March 24, 2011

Kek Carrot...

Kek Carrot memang kek yang terlaris di PrettyLittleCake...memang ramai yang oder kek ni. Sesiapa yang teringin, boleh contact saya.  Kek kali ini dioder olah Kak Zaharah untuk makan-makan.  Terima kasih kak...

Kek Carrot

Kek carrot ni di oder oleh Hedayah....terima kasih daun keladi.

Saturday, March 19, 2011

Kek Carrot lagi...

Kek carrot kali ni dioder oleh guru-guru SMK Labu Besar sempena hari lahir pengetua mereka.  Terima kasih Wan atas oder ni. 

Thursday, February 3, 2011

SELAMAT BERTUNANG SYAM & ADILA...

Kek Carrot Cream Cheese Frosting 1kg

Kek Carrot Cream Cheese Frosting , 1.8kg

Syam & Adila 

Oder daripada Kak Normah sempena majlis pertunangan anak terunanya Ruzaini Hisyam dengan Adila....kedua-dua nya ex-student ku....huhuhuhu rasa dah berumur la pula bila melihat anak-anak murid yang ramai dah berumahtangga.  Kedua-duanya bakal menjadi guru. Tahniah buat Kak Normah,  Syam & Adila...Selamat Bertunang 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails