Followers

Wednesday, March 31, 2010

Carrot Cake Slices















Kali ni kek carrot bertukar bentuk. Oder kali ni khas untuk jamuan VIP sempena majlis penyampaian hadiah di skolah aku. Kak Hasnah yang incharge bahagian jamuan VIP minta aku buatkan kek carrot tapi dah siap potong kepada 30 keping. Okay juga camni kan...tapi banyak kerja lah.

Aisyah is 6th...














Kak Sarina ni memang tiap-tiap tahun oder kek birthday anaknya si Aisyah untuk sambutan di taska. Tapi ni tahun akhir Aisyah skolah tadika, tahun depan dah Tahun Satu. Kek yang sama iaitu kek span coklat ngan gambar princess. Terima kasih banyak Kak Ina...

SPONGEBOB














Asalnya Kak Miza oder sebiji kek 2kg untuk harilahir anaknya Saiful. Tapi dua hari lepas tu minta aku buatkan 2 biji kek, anggaran 1kg sebiji. Katanya untuk hari lahir anak saudaranya juga. Dua-dua nak gambar spanbob. Mulanya aku rasa cam tak sempat nak penuhi odernya ni sbb mmg bizi giler minggu tu. Tapi kak Miza minta juga aku buatkan. Katanya simple-simple dah la dekonya. Tak sampai hatilah pula...Apapun terima kasih banyak Kak Miza.

CarrotCake Hafizan














Oder drp Hafizan untuk harilahir anaknya Ayu yang ke 2thn. Sorry Fizan, akak lmbat buh N3...sibuk sangat 2 tiga menjak ni....campur ngan malas2 sikit...broadband yg lembab sama....hehehe. Kek ni hampir 2kg. Terima kasih daun keladi...nanti-nanti oder lagi...ngeh...ngeh...ngeh.

Sunday, March 14, 2010

Kek Carrot Hantaran
















Okay, ni kek yang akhir aku siapkan malam ni. Kek Carrot seberat 2kg. Tepat pukul 10.30mlm kek ni sampai ke tangan Kak Ita. Itu pun minta kak Ita tunggu 15 minit....sbb tak habis deko lg. Nasib baik Kak Ita nak bertolak ke Baling pukul 11mlm....tengah tunggu anak saudaranya. Sebenarnya majlis pertunangan anak buah kak Ita ni esok 14hb Mac di Baling. So malam ni Kak Ita bertolak ke Baling. Kak Ita minta buatkan kek carrot bentuk hati dan warna putih aje dekonya tanpa tulisan. So ni lah hasilnya. Terima kasih banyak2 kak Ita...

Fondant Cuppies
















Cupcake fondant ni ditempah oleh Elin untuk majlis pertunangannya dengan Aidil. Dah lama dia booking melalui email. Masa hantar cuppies ni (hampir pukul 11mlm...)barulah berjumpa dengan tuan badan yang ramah ni. Elin ni kerja di KL,  tu yang bincang melalui phone dan email je. Ini adalah oder yang ketiga aku siapkan hari ni. Memang tak menang tangan menyiapkan oder-oder hari ni. Keempat-empatnya adalah untuk hantaran, so kenalah elok-elok betul,
Asalnya Elin oder 36 cuppies buttercream aje...25pc untuk hantaran dan 11pc untuk makan2. Tapi last minute aku contact Elin, minta izin nak buat fondant  untuk cuppies hantaran...harga asal, no xtra charge, sebab aku teringin sangat nak buat deko cuppies guna fondant. Kiranya hadiah untuk pertunangan Elin lah ni. Alhamdulillah, Elin suka sangat-sangat.

Majlis Pertunangan















Kedua-dua kek di atas dioder oleh Kak Noraini sempena majlis pertunangan adik iparnya. Kek butter yang dihias dengan fondant adalah untuk pihak lelaki manakala Oreo Cheesecake pula adalah untuk hantaran daripada pihak lelaki kepada adik ipar Kak Noraini....sebab pihak lelaki orang jauh, maka tempahan kek dibuat di sini. Terima kasih Kak Ani, minta maaf sebab tak dapat hadir sekali majlis tu sebab ada 2 oder hantaran yang sedang menunggu...nak hantar malam ni juga.

Friday, March 12, 2010

Kelas Steam Buttercream...


















Akhirnya dapat juga join kelas steambuttercream dengan Kak AnaElianas. Dah lama rancang tetapi selalu tak berkesempatan sebab tak kena ngan harinya. Selalu tengok hasil kek steam bc ni kat fp kak Ana. Berkenan dengan teksturnya yang halus dan mulus tu. Rasanya pun sedap daripada aising buttercram biasa. Bole tahan juga renyahnya nak menghasilkan aising ni. Tetapi yang mudah, tak payah susah-susah nak melepa. Apa-apa pun memang tak rugi attend kelas ni....banyak tips dan petua drp Kak Ana. Selain tu dapat gak kenal-kenal ngan FarahKent, Farah dan Suraya.

Thursday, March 11, 2010

Blueberry Cheesecake













Kek cheese blueberry ni dioder oleh Kak Mahani untuk makan-makan hujung minggu. Kak Mahani kata tak payah deko, cuma letakkan toping blueberru je. Harap Kak Mahani menikmatinya...

Saturday, March 6, 2010

Cheesecake















Oreo cheesecake with fresh strawberry and chocolate grated....oder daripada Kak Noraini untuk di bawa ke Alor Setar. Strawberry tu aku sedekah sebab stok yang ada kat rumah ni tak larat nak makan. Lagipun sweet jer kalo tenggekkan buat strawberry kat atas kek tu....bagi aku ler. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kak.

Wednesday, March 3, 2010

Ayu is 7th...















Ini pula oder drp Amnah untuk birthday anaknya Ayu. Asalnya aku menolak dengan lembut...hehehe...oder ni, sebab adhoc sangat. Amnah oder petang ni dan nak tengah hari esok. Aku pula memang nak kena siapkan oder Kak Sharmila. Alaaa...dua biji jer...kata Amnah, dekonya buat paling simple je. Aku ni kalo hari cuti tak dak masalah, tapi ni hari sekolah...memang kalut. Tapi mengenangkan Am memang selalu oder kek ngan aku, makanya aku pun setujulah, dengan syarat...aku deko setakat yang termampu. Terima kasih Am.

Izzat Hanafi is 6th...















Oder kali ni datang daripada Kak Sharmila untuk birthday anaknya Izzat Hanafi. Dalam kek coklat marble cheese. Kek ni beratnya lebih kurang 1kg. Kak Sharmila minta aku buatkan frosting buttercream ngan edible spiderman.Terima kasih daun keladi ya kak....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails