Followers

Sunday, June 27, 2010

Chocolate Sponge Birthday Cake

Kek Span Coklat seberat 2kg ni ditempah oleh cikgu Prasekolah SK Junjong untuk sambutan harilahir
 anak-anak muridnya. Sebenarnya tempahan diminta untuk 1kg jer...tapi yang lebih tu kira kenduri drp aku le. Terima kasih banyak-banyak atas tempahan ni.

Saturday, June 26, 2010

Popcake....cakebite....ect


Semasa cuti skolah yang lalu, aku telah meluangkan masa berguru dengan Asya untuk mempelajari cara menghasilkan Popcake ni. Keknye simple saja tetapi proses penghasilan tu yang 'renyah' sedikit....dan hasilnya memang cantik dan sedap. Sesuai kalau dijadikan doofgift, hantaran dan apa jua majlis. Popcake ni disaluti coklat dan dihias dengan taburan manik gula atau coklat berwarna. Terdapat pelbagai bentuk yang boleh dihasilkan, antara yang paling aku suka ialah Lolipopcake....memang cantik kalau dijadikan doorgift. Kalau anda berminat, boleh call, email atau sms saya untuk tempahan.

Father's Day Cuppies

Choc cupcake ni ditempah oleh Ayuni untuk ayahnya sempena Father's Day. Ayu minta buatkan deko simple-simple jer. Harap menepati citarasa Ayu. Terima kasih.

Oreo Cheesecake

Oreo Cheesecake seberat 1kg ni ditempah oleh Sue. Untuk makan-makan katanya. Terima kasih daun keladi Sue.

Kek Carrot

Ini pula tempahan daripada my loyal carrot cake customer....Lina. Kek ni dihadiahkan kepada guru-guru taska anak-anaknya sempena cuti skolah aritu. Maaflah lambat buh N3...hehehe. Terima kasih Lina atas sokongan selama ni.

Kek Chocolate Moist

Tempahan daripada Nisha ni sebenarnya utk anniversarynya yang ke 6, tetapi anaknya nak gambar Ben10....biasalah bebudak. Terima kasih banyak2 Nisha....maaflah akak lmbat buh N3 ni.

Friday, June 25, 2010

Kek Carrot Pertunangan



Kedua-dua kek di atas terdiri daripada kek carrot. Ditempah oleh staf skolah suamiku untuk majlis pertunangan adiknya, kalau tak silap. Terima kasih Zura atas tempahan ni.

Cheese Tart

Cheese tart ni dibuat sebelum cuti skolah dulu, nak bawa balik ke Shah Alam. Sukanya dorang ngan cistat nih. Ni balik buat lagi.

Wednesday, June 2, 2010

Sibuknye......

Lama sungguh tak update blog. Memang sibuk kebelakangan ni, terutamanya hal2 berkaitan skolah. Ni budak2 baru abis exam...sibuk lagi...nak menanda kertas exam lah pula. Nama jer cuti 2 minggu...harus tak terasa....uhhhh.

Berikut ialah oder2 yang dibuat sepanjang bulan Mei yang lepas. Terima kasih pada teman2 yang menempah. Maaflah tak dapat nak ulas satu-satu gambar....jemput tengok lah yer....


kek hari guru SMK St. Annes Convent - terima kasih Ckgu Siti Zawiah

Kek hari guru untuk skolah aku....

Tempahan drp Kak Zaharah untuk anak daranya...peminat Chelsea nihh..

Cheesecake untuk Ckgu Siti Zawiah

Carrot cupcake, surprise untuk Kak Normah sempena Hari Ibu, dioder oleh anak daranya Fatin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails