Followers

Friday, May 27, 2011

Peach Cheesecake

Kek cheese ni dioder oleh Anom untuk makan-makan. Kek cheese ni bukan saja dihias dengan buah peach tetapi dalamnya juga mengandungi buah peach yang telah didadu....memang sedap. Terima kasih Anom atas oder ni....memang peminat cheese ni.

Selamat Bertunang


Adusss, gambar blur lah pula...ni kes nak cepatlah ni, sebab nak bersiap balik Shah Alam. Maklumlah cuti sekolah dah bermula. 
Tempahan ni datangnya daripada Hidayah untuk majlis pertunangannya.  Warna temanya ialah peach dan putih. Kotak hantaran tu Hidayah beri siap-siap untuk aku susunkan cupcake yang dah siap. Ini sebenarnya carrot cupcake dengan cream cheese frosting, cuma bunga saja menggunakan buttercream sebab agak sukar nak buat bunga menggunakan cream cheese. Terima kasih banyak-banyak ya Hidayah.  Tak lupa juga terima kasih kepada Ilina Fazlin kerana memperkenalkan PLC kepada temannya ni.

Thursday, May 26, 2011

Chocolate Blueberry Cheese

Kali kedua tempahan chocolate blueberry cheese dalam bulan ni.  Kali ni oder diterima daripada Julie untuk kenduri kahwin di kampungnya...untuk jamu makan-makan.  Terima kasih Julie.

Wednesday, May 25, 2011

Kek Coklat Moist

Kek coklat moist ni dioder oleh  ibu saudara Qamarini. Lepas je tengok kek coklat yang Qama tempah hari tu, terus ibu saudaranya minta Qama oderkan kek untuknya. Mujurlah gambar edible ni boleh siap dalam masa dua hari...terima kasih kepada Arie dari Edibleprint. Terima kasih juga kepada Qama kerana memanjangkan oder ni.

Tuesday, May 24, 2011

Kek Carrot

Tempahan daripada Lina untuk diberikan kepada guru-guru nursery anak-anaknya. Terima kasih Lina.

Saturday, May 21, 2011

Kek Buah

Kek buah berat 1kg/7" ni dioder oleh Adeline untuk hari lahir suaminya. Adeline tak mahu deco dengan aising sebab nak makan-makan saja.  Tapi aku yang terlebih rajin membalut ni supaya nampak istimewa sikit, ye la untuk birthday kan. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak ya Adeline.

Friday, May 20, 2011

Moist Chocolate Cake With Choc Roses


Kek coklat moist ni dioder oleh Qamarini sempena hari lahir adiknya Mustaqim. Qama ni selalu oder kek dengan PLC. Qama minta kek coklat seberat 2kg...tapi campur dengan bunga ros tu dah jadi hampir 3kg beratnya...tak pa yang lebih kita sedekah.  Terima kasih banyak-banyak kepada Qama atas oder ni dan oder yang lain. 

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU


Kek carrot ni dioder oleh SMK Kulim sempena sambutan Hari Guru baru-baru ini. Yang di atas adalah untuk upacara potong kek. Setiap biji kek seberat 2kg untuk jamuan selepas majlis. Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Siti Zaharah atas oder ni.

Sunday, May 15, 2011

Kek Coklat Moist



Kedua-dua kek coklat di atas dioder oleh Lily dan Kak Sarina. Selepas melihat kek yang dioder oleh Kak Min aritu, terus mereka oder kek coklat ni....nak bunga ros atas kek. Lain dari yang lain kata Lily. Terima kasih kepada Lily dan Kak Sarina kerana selalu oder daripada saya.

Chocolate Blueberry Cheesecake


Choc Blueberry Cheese Cake - 1kg

Oder daripada Kak Noraini untuk makan-makan di ofis...sempena hari guru ya Kak Ani? Terima kasih banyak2 atas oder ni ya.

Friday, May 13, 2011

Selamat Pengantin Baru Masri dan Nuha...


Kek Chocolate Blueberry Cheesecake - 1kg

Kek ni dioder oleh Masri untuk hantaran majlis pernikahannya dengan Nuha. Masri minta kek chocolate blueberry cheese tapi nak hiasannya warna putih dan biru laut....jadi inilah hasilnya. Terima kasih banyak-banyak Masri atas oder ni. 

Thursday, May 12, 2011

Moist Chocolate Cake

Kek Coklat Moist - 2kg

Kek Coklat Moist - 1kg

Kedua-dua kek coklat ini dioder oleh Kak Min. Kek yang di atas adalah untuk sepupunya, manakala yang ada bunga ros tu kek untuk Kak Min.  Terima kasih atas oder ni.

Wednesday, May 4, 2011

Cupcake Strawberry

Cupcake ni dioder oleh Dzuliana untuk dijadikan cenderahati kepada penceramah bagi program berkaitan subjek IT di sekolah. Julie minta buatkan apa saja cupcake yang sesuai dengan bajet yang diperuntukan. Jadi terhasillah cupcake strawberry ni. Aku menggunakan puri strawberry....ada extra buah strawberry dari Cameron Highland hari tu, so aku kisar halus untuk buat kek ni.  Rasanya sedap berbanding menggunakan strawberry paste....ye lah pure strawberry.
Terima kasih Julie atas oder ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails