Followers

Sunday, January 30, 2011

Kek Perkahwinan Bertingkat...


yang ni topper, kek butter saiz 6in. 

inilah kek carrot yang di'stack'. Berat nih... 

Aduhai...lamanya tak jenguk sini....bizi sangat2.  Apa pun hari ni curi masa nak masukkan gambar-gambar yang dah lama diambil. Minta maaf pada semua customer...sbb lambat buh N3. 

Kek di atas ialah kek perkahwinan yang ditempah oleh adik sepupu Kak Ruzita...nama tak pasti sebab semua urusan dibuat dengan Kak Ita je. Majlis kahwinnya masa cuti bulan Disember aritu...hehehhe. Gambar lengkap masa majlis tak ada, sebab aku tak dapat hadir. Ini gambar sebelum dihantar ke rumah Kak Ita, rumah pengantin di Baling...jauh juga dari Kulim. Kek topper tu sebenarnya akan diletak atas sebiji gelas berkaki yang akan diletak pula di atas kek yang di'stack'. Apa pun memang banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang proses menghasilkan kek ni. 


Di atas ni pula Kek Carrot untuk hantaran, juga tempahan untuk majlis yang sama. Adik sepupu Kak Ita minta tema krim dan pink. Asalnya nak guna bunga orkid tapi kat sini susah nak dapatkan bunga orkid ready made. Nak buat atau nak tempah takut tak sempat. Nasib baik pengantin setuju guna bunga ros. Terima kasih sangat buat Kak Ita dan adik sepupunya serta ibunya, Mak Su atas tempahan kek-kek ni.

2 comments:

  1. cantiknyee long, bunga tuh ukir sendiri ka?

    ReplyDelete
  2. bunga sugarpaste readymade la akak...boleh juga buat sendiri, tapi tak secantik macam tuh le....hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails