Followers
Saturday, May 30, 2009
Kek Butter Marble
Hari ni buat kek butter marble...kek yang simple jer. Tapi nak gak buh resipinya kat sini. Untuk rujukan masa depan. Sebenarnya teringin nak buat guna tepung Dhiya, tapi tengok stok dah habis, so guna resipi biasa je la.
Kek Butter Marble
A
250g butter
210g gula
5 biji telur
1 sudu teh vanila
B
230g tepung superfine
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
C
Pewarna makanan- purple, hijau dan kuning
1. Putar butter dan gula sampai kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar seminit setiap kali masukkan telur.
3. Masukkan esen vanila dan sebatikan.
4. Bahan B tadi diayak terlebih dahulu.
5. Masukkan bahan B ke dalam adunan butter tadi dan putar sebati.
6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna kegemaran anda.
7. Sudukan setiap warna berselang seli, mulakan di tengah acuan. Saya guna loyang bulat 8".
8. Bakar dengan suhu 180c hingga masak, lebih kurang 50 minit.
Thursday, May 28, 2009
Choc Cheese Marble Brownies
Oder drp Zawandi untuk makan-makan cum birthday anaknya. Jauh brownis ni travel...ke Johor tu. Zawandi ni orang Johor tapi kena posting di skolahku. Isteri dan anaknya duduk di Johor. Dalam proses minta tukar ke Johor lah tu. "Akak buatlah apa-apa kek yang boleh bwak jalan jauh...saya balik naik bas. Boleh ekk?" Maka terhasillah choc brownies ni. Buat patern sikit...cilok idea Kak Zue. Tapi tebal lah pulak line dia....kena praktis lagi ni. Dah lama tak lukis patern2 cenggini. Teringat masa2 lepak kat studio/bengkel tekstil di FSSR UiTM, zaman belajar dulu....rindunya zaman bergelar student....
p/s: Kak Zue, tak cantik mcm yang akak buatlah...
Choc Mousse
Carrot Cake Hasnah & Kak Faezah
Tuesday, May 26, 2009
Happy Birthday Sis
Choc Almond Brownies ni oder drp anak saudaraku untuk birthday ibunya (my SIL)....Selamat Hari Lahir Kak Ngah! Bangun kul 3.30am tadi untuk bake dan deco. Malam tadi tak dapat buat sebab kepalaku sakit sangat...lepas Isya' terus tidur setelah makan ubat. Still sakit lagi pagi ni. Gambar, cam biasa, masih lagi guna hphone(...mujur gak ada hp). Deco tu saja nak buh, kalau ikut Kak Ngah, biar plain je. Tengoklah deco jam 5pagi ...bunga yang keempat dah lentok...ngantuk cam tuan deco gak. Masih praktis buat bunga ros lagi....hehehe.
Friday, May 22, 2009
Kelas Kek Lapis Inasally Bakery
Hari tu berkesempatan join kelas Kek Lapis di Inasaly Bakery. Memang seronok kelas ni, sebab banyak ilmu berkenaan kek lapis yang telah saya peroleh. Baru tahu betapa sukarnya nak menghasilkan kek-kek lapis especially yang roll dan bercorak di dalamnya. Patutlah harganya mahal untuk sebiji kek...memang patut. Kalau sesiapa yang kurang kesabaran memang tak leh buat kek ni....betul tak Suzana...syyhhhhh....hehehehe. Walau bagaimanapun mmg saya excited sbb benda baru. Kelas ni dihadiri 3orang student iaitu saya, Kak Ina dan Suzana plus assistance nya si Yah. Yah ni adik Su, mmg rajin orangnya...kan Yah kan? Seronoknya kelas ni sbb semuanya satu kepala...riuh gaklah rumah si Lina ni. Silap2 tingkat bawah puh boleh dengar apa.
Ini pemandangan drp balkoni rumah Lina di level 10(tinggi tuuu...). Anak daraku yang snap guna h/set dia ler ni. Nampak tak sawah kat hujung tu yang sedang dibajak, kat tengah tu pula sawah yang sedang menghijau...kalau ijau semuanya mesti sejuk mata memandang ek Lina? Hehehe...tapi rumah Kak AnaElianas pun best gak, keliling rumahnya sawah padi. Memang nyaman kalau berangin kan Kak Ana? Ok meh layan gambar2 kek lapis yang kubuat hasil tunjuk ajar Lina...
Lapis Chocberry...sedap sangat kek ni
Lapis Poco-poco.....sebelum ni dok buat tarian poco-poco je, tatau lak kek poco2 pun ada. Tapi tengok tu dia punya susunan tak menjadi, silap susun tang kuningpink tu.
Lapis Segitiga
Lapis Windmill....tak kemas susunan yang kubuat sbb nampak kerongakannya...hehehe
Lapis Samarinda....kek lapis yang paling besar kami buat hari tu, tapi ni dah kecik la sbb kena potong.
Terima kasih banyak2 Lina kerana mengajar kami hingga lewat petang....hampir Maghrib sebenarnya. Semoga berjumpa lagi pada kesempatan yang lain, insya Allah.
Thursday, May 21, 2009
Buku Kraf Gula
Ye..ye..ye.. dah terima pun buku Kraf Gula yang ditulis oleh sifu fondant ku Kak Min owner bakingproject tu. Walaupun dah p blajar ngan Kak Min ni ,tapi sbb jarang buat fondant kekadang tu blur gak. Sebagai rujukan dan sumber ilmu, tak rugi beli buku ni.
Tepung Kek Dhiya
Sesiapa yang berminat untuk mencuba tepung kek Dhiya bolehlah oder drp saya. Nnt bila berkesempatan, saya akan uploadkan kek yang telah saya cuba dengan menggunakan tepung kek Dhiya. Mmg senang nak buat, cuma ikut arahan yang telah disediakan. Jadi sesapa yang berminat, bolehlah call,sms atau emel saya.
Tepung ni terdapat 5 jenis iaitu Tepung Kek Coklat Lembab Istimewa, Tepung Kek Mentega Marble Pelangi, Tepung Kek Mentega Qistina, Tepung Kek Mentega dan Tepung Kek Mentega Marble Coklat.
Monday, May 18, 2009
Happy Birthday Zikrullah dan Alia...
Kek Span Coklat + coklat buttercream + edible image
Saiz : 9x9 inci
Berat : 1.3kg
Kek Span Coklat + Buttercream + edible image
Saiz : 8x8 inci
Berat : 1.15kg
Kek edible barbie oder daripada Kak Farizah untuk anaknya Alia (pink). Sementara kek spongebob pula oder drp Faridah untuk anak-anak muridnya Zikrullah dan Alia( anak Kak Farizah). Wah, seronoklah anak2 murid Cikgu Faridah sbb ada dua kek dalam kelas mereka hari ni! Thanks to both for the oder.
Saturday, May 16, 2009
Kek Hari Guru
Kek ni untuk majlis sambutan Hari Guru dan juga Hari Lahir beberapa orang cikgu kat sekolah hubby. Seronok buat kek ni sebab inilah first time aku hasilkan roses dan menjadi ( bagi orang yg pertama kali mencubalah...). Macam mana EJ, okay tak munger mawar akak ni? Belajar secara spontan ngan EJ...sebab tak termasuk pakej. Terima kasih banyak2 EJ. Tapi masih tak berapa pandai nak atur atas kek...ketaq sebenaqnya....huhuhuhu...
Kek ni kek span layer ngan blueberry filling. Kek saiz 10 inch dan berat lebih kurang 2.15kg.
Saper-saper yang teringin request roses atas kek lepas ni, boleh le saya buatkan sbb dah pandai...hehehe.
Terima kasih kat sekolah hubby atas oder ni....SELAMAT HARI GURU.
Friday, May 15, 2009
SELAMAT HARI GURU
Ucapan SELAMAT HARI GURU buat semua guru yang singgah ke blog ni dan juga semua guru di Malaysia. Semua cikgu yang pernah mengajar saya semasa di SK Bukit Kuda, Kelang , SM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Seksyen 2 Shah Alam dan juga lecturer School Of Art & Design,UITM Shah Alam; terima kasih tak terhingga diucapkan kerana telah mendidik saya hingga menjadi orang yang berguna kepada diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat, InsyaAllah.
Juga buat cikgu-cikgu yang telah mengajarku dalam selok belok dunia mendeco kek ni...Kak AnaElianas, Kak Min BakingProject dan juga EJ. Terima kasih tak terhingga...
Kelas Tart
Petang semalam aku telah meluangkan masa untuk berguru ngan EJ ,tuan empunya blog raqynrafiqin. Sebenarnya aku mmg tak pernah buat tart saiz camni, kalau tart nenas untuk kuih raya tu retilah. Walaupun orang kata sama je kaedahnya, atau mudah je buatnya namun aku rasa lagi senang kalau tengok stepnya drpd orang yang memang dah selalu buat tart ni. Memang enjoy lepak ngan si EJ ni, nak pula aku ngan anak daraku saja yang join kelas petang tu. Sambil menyembang sambil menguli, membakar, meng'inti' dan makan2. Sedar2 hari dah gelap bila selesai semuanya. Terima kasih banyak2 EJ. Gambar ni drp hphone je....nnt dah dapat gambar
drp EJ, akan ku uploadkan.
Okay ni gambar drp kamera Ejay. Huhuhuhu...nak juga kamera cenggituuu...
p/s: EJ, jangan lupa email kat akak gambar tart2 itu tau...
Thursday, May 14, 2009
Carrot Brownies
Kek carrot ni oder drp Lina untuk diberikan kepada guru tadika anaknya sempena Hari Guru. Lina kata kena bagi hari ni juga kerana Sabtu dan Ahad tadika cuti. Lina mmg suka ngan kek carrot... ( camna Lina, jadi tak resipi yang saya beri tu?) Pukul 9pagi janji jumpa kat depan tadika anaknya. Petang Lina call, katanya semua cikgu anaknya suka ngan kek carrot tu, alhamdulillah. Terima kasih banyak2 Lina.
Tuesday, May 12, 2009
Oreo Cheese Cake
Happy B'day Nabilah...
Friday, May 8, 2009
Carrot Cake 4 Mother's Day
Asalnya Lina request carrot cake w/out toping dan walnut cincang halus2. Memandangkan tak perlu nak deco, maka keknya kubuat pagi sebelum hantar kepadanya. Tapi last minute, Lina sms minta tuliskan Happy Mother's Day kat atas kek tu., tak payah deco, wording je. Masa tu aku tengah bersiap-siap nak ke skolah dah, mcm tak sempat jer... Alamak kek panas lagi sbb baru kluar oven, cemana nak tulis ekk??? Selalunya kek carrot yang toping ngan creamcheese, aku akan baked malam. So mudahlah aku mendeco pepagi tu bila ianya dah cukup sejuk. Jadi inilah hasilnya....Lina okay ker? Tulisan tak brapa cantik sbb nak cepat...hehehe. Sorry ek Lina. Anyway thanks so so much for the oder...dah jadi regular customer dah si Lina ni. Thanks again.
Carrot 4 Kak Zaharah
Wednesday, May 6, 2009
Choc Mint Mousse
Alang-alang adun mousse untuk Kak Ita tadi, ku adun juga mousse dengan perisa mint ni. Kali ni nak beri kawan2ku di skolah pula rasa choc mint mousse. Feedback yang diberi....ada yang suka mint flavour dan ada yang kurang gemar. Ramai yang prefer rasa coklat saja. Sesiapa yang berminat boleh contact no ku di kanan blog ni....:-P
Choc Mousse 4 Kak Ita
Kak Ita oder choc mousse untuk makan2 je. Tak mau deco...tp nak almond banyak. So itulah hasilnya....Terima kasih Kak Ita.
Gambar kali ni tak cantik?????(hehehe...mcamlah sebelum ni cantik sangat). Sbb guna hpon je. Mana kamera?......huhuhuhu....hilangggggg. Sedihnya masih terasa hingga kini....walaupun bukan camera digital yang canggih, namun banyak jasanya. Lebih-lebih lagi setelah wujudnya blog ini. Hilang tanpa disedari semasa berhenti di R&R Gunung Semanggol. Sampai rumah baru prasan ianya tak ada. Padanlah kameraku itu dok buat hal seminggu dua kebelakangan ni....card error lah, tak boleh on lah...rupanya tanda-tanda ianya nak pergi dariku( syahdu nyerr ayat...) Kamera tu kubeli dengan duit pertama ku sebagai pemeriksa kertas....kenangan tu. Nampaknya kena menabung lagilah untuk kamera yang baru....entah bila lah agaknya.......
Subscribe to:
Posts (Atom)