Followers
Monday, March 30, 2009
Happy Birthday Aisyah Aqilah
Oder drp Kak Sarina untuk anaknya Aisyah. Kek saiz 10 inci....nak dibawa ke tadika untuk sambutan Birthday di sana. Terima kasih daun keladi Kak Ina...ini kek ketiga yang dioder.
Saturday, March 28, 2009
Resepinya.....
CHOC MINT MOUSSE CAKE
Sebiji kek span coklat saiz 9"
Bahan Mousse:
A
125gm coklat mint- boleh dibeli di kedai bakeri
125gm coklat masakan
125gm UHT whipping cream
- semua bahan di atas dimasak cara doubleboiled hingga sebati macam nak buat ganache
B
2 sudu besar gelatine
100ml air
-rendam dan double boiled hingga larut
C
400gm non dairy whipping cream - pukul hingga stiff
Caranya...
1. Campurkan A dan B, gaul sebati. Kemudian tuangkan perlahan-lahan ke dalam C dan kaup balik hingga sebati.
2. Potong kek span kepada 2 lapis. Letakkan lapisan pertama ke dalam acuan springform 9" dan tuangkan sebahagian adunan mousse tadi. Kemudian letakkan lapisan kek span yang kedua atas mousse tadi dan tuangkan baki mousse, ratakan. Sejukkan di dalam peti ais hingga mousse tadi beku, lebih kurang 1jam. Lepas tu hiaslah ikut suka atau boleh makan terus.
Sebiji kek span coklat saiz 9"
Bahan Mousse:
A
125gm coklat mint- boleh dibeli di kedai bakeri
125gm coklat masakan
125gm UHT whipping cream
- semua bahan di atas dimasak cara doubleboiled hingga sebati macam nak buat ganache
B
2 sudu besar gelatine
100ml air
-rendam dan double boiled hingga larut
C
400gm non dairy whipping cream - pukul hingga stiff
Caranya...
1. Campurkan A dan B, gaul sebati. Kemudian tuangkan perlahan-lahan ke dalam C dan kaup balik hingga sebati.
2. Potong kek span kepada 2 lapis. Letakkan lapisan pertama ke dalam acuan springform 9" dan tuangkan sebahagian adunan mousse tadi. Kemudian letakkan lapisan kek span yang kedua atas mousse tadi dan tuangkan baki mousse, ratakan. Sejukkan di dalam peti ais hingga mousse tadi beku, lebih kurang 1jam. Lepas tu hiaslah ikut suka atau boleh makan terus.
Friday, March 27, 2009
Chocolate Mint Mousse Cake
Petang semalam, setelah berehat secukupnya...dengan rajinnya aku membuat kek ni. Dah lama teringin nak membuat dan makan kek choc mousse ni, tapi tak berkesempatan. So tercapai jugalah hajatku ini petang semalam. Aku cuba guna choc mint...sedap juga rupanya. Cuma anakku tak brapa suka..."cam makan colgate je rasanya umi". Hahaha betullah tu, kan pudina. Resipinya sama mcm kek mousse yang lain, cuma guna chocolate mint sahaja. Nantilah ada kesempatan ku tepekkan resipinya.
Sampai di sini dulu untuk N3 kali ni....setelah brapa banyak N3 baru boleh upload arini. Mamak ni pun dah heran tgk aku, punya lama ngadap internet.....hahahhaha.
Happy Birthday Irdina Izzati
My SIL oder 2 biji kek untuk birthday anaknya Irdina. Dua-dua kek span coklat, cuma deko je lain. Satu untuk dibawa ke Taska, yang warna oren dan satu lagi untuk makan2 family. Anak menakan ku ini request kaler oren dan pink untuk keknya dan nak gambar princess. Tak pernah lagi guna skema warna ni, mula2 dengar tu dah cuba bayangkan hasilnya...cemanalah kombinasinya ni. Tapi bila dah siap, cantik rupanya....hehehe sendiri masuk bakul.
Tapi inilah first time rasa penat giler bila dah siap deko kek-kek ni even deko yang simple. Sebabnya tak rehat langsung. Balik skolah petang tu terus bersilat kat dapur. Slalunya pagi sebelum ke sekolah, dah bakar kek siap-siap, so senanglah bila balik petang boleh lah berehat dulu. Tapi kali ni, banyak bahan yang tak ada. Nak keluar belipun, kedai kul 10 lebih baru buka dan slalunya aku jarang keluar bila atas pukul 10 sbb takut kalut nak bergegas ke skolah pula. So balik skolah petang tu baru pi beli bahan2 yang perlu. Apa lagi sampai rumah terus mulakan operasi. Pukul 5.30 pagi baru selesai semuanya....huhhh penat. Pagi esoknya, pukul 8.15 dah kena pi hantar. Nasib baik hubby tak da program pagi tu, bolehlah dia drive sbb kelopak mata aku dah tak leh angkat. Balik drp menghantar kek2 tu, sampai rumah terus zzzzzzz..... Bayangkan sepetang di skolah, dah berdiri @ ke huluhilir bergerak, balik rumah bersilat kat dapur dan berdiri lebih banyak drp duduk semasa mendeko....jem kakiku. Tapi memang seronok kerana my SIL dan Irdina suka sangat kek tu.
Spongebob
Blueberry Layer lagi
CMC dan Cheesecake
Amnah oder Kek Coklat Moist untuk birthday dua anaknya, Alif dan Ayu. Amnah request gambar Doraemon, nasib baik stok kat rumah ada gambar Doraemon dan Doralin ni...sesuailah untuk birthday boy dan birthday girl kali ni....semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki buat Alif dan Ayu. Thanks Am.
Ini pula Chocolate Cheese Cake oder drp Kak Zaharah. Saja untuk family makan2, tmbahan pula cuti skolah so semua anaknya ada di rumah. Terima kasih banyak2 Kak Za, alhamdulillah kerana family Kak Za sukakannya. Sori lmbt masukkan N3 sbb masalah teknikal...
Sama Tapi Saiz Tak Serupa...
Problem lagi....
Dah naik geram dengan Celcom Broadband ni....ada saja problem. Dalam minggu-minggu ni mmg susah nak dpt connection. Kalalu dapat pun, selalu disconnect waktu tgh surfing. Bengang juga sbb time kita tgh asyik membaca blog kengkawan lak tu. Bila tanya kat celcom service centre, depa maklumkan pada tarikh sekian2 mmg network problem....tapi ni boleh dikatakan kerap berlaku. Rasa rugi je sbb ambil pakej unlimited & highspeed dan tapi speed slow giler, kekadang zero speed!! Mmg rugi sbb penggunaan sikit tp bayaran bulanan sama je.
Untuk N3 ni pun guna internet kedai mamak...hahaha...terpaksa.
Untuk N3 ni pun guna internet kedai mamak...hahaha...terpaksa.
Wednesday, March 25, 2009
Blueberry Layer
Tuesday, March 3, 2009
Carrot Cake
Oder drp Kak Normah untuk suami tercinta. Ini oder kali kedua, yang pertama dulu Choc Blueberry....terima kasih kak. Entah kenapa sehari dua ni, idea cam blur jer. Tgk tulisan tu pun dah senget-benget. Lately ni banyak kerja di sekolah yang perlu dibereskan....kes letihlah ni. Anyway harap Kak Normah berpuas hati.
Doraemon
Tadaaa...Kek Choc Blueberry ngan aksi Doraemon ni dioder oleh Kak Sharmila untuk birthday anaknya. Kek ni berukuran 9 x 14inci...sama saiz dengan kek Spongebob dan Car dalam N3 yang lalu. Susah gak nak lukis Doraemon ni rupanya. Kalau atas kertas tak da masalah, tapi atas kek ni mmg mencabar. Lain kali nak kena guna teknik transfer nampaknya. Kali ni idea tak berapa nak keluar...last2 tenggekkan sekor ulat kat atas kek tu (cam tak relate je kan?)
Subscribe to:
Posts (Atom)