Followers

Thursday, November 20, 2008

Kelas Cuppies

Ini adalah sebahagian daripada cupcake yang saya hasilkan dalam kelas cupcake yg dianjurkan oleh Kak Ana Elianas di rumahnya...pd bulan Ogos yang lalu.

Bermula daripada kelas inilah saya mula 'bermain' nozzle & buttercream untuk mendeko kek dan cuppies. Terima kasih tak terhingga pada Kak Ana atas ilmu yang dikongsikan.

Wednesday, November 19, 2008

Kek Nanas Terbalik


Kek Nanas/Nenas ni memang sedap dan moist. Resipinya saya telah ubahsuai sikit ikut bahan yang ada di dapur....:-

Sesiapa yang ingin mencuba,ini resipinya:


KEK NANAS TERBALIK
Bahan-bahan:
Topping
1 tin nanas (bulat)-toskan, jusnya simpan untuk kek
3 sudu besar gula perang
Beberapa biji buah ceri
1 sudu makan butter

Kek
2 cawan tepung naik sendiri + 1/2 sk soda bikarbonat - ayak bersama-sama
1 3/4 cawan gula kastor
230gm butter/marjerin
4 biji telur
3/4 cawan jus nenas(dalam tin tadi)
50gm badam kisar
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:

Toppingnya:-
  1. Lengserkan acuan 8in(saya guna acuan 4 segi 9x9) dengan butter.
  2. Kemudian taburkan gula perang dan susunkan kepingan nenas.
  3. Letakkan buah ceri ke dalam lubang kepingan nanas tadi.Saya belah dua buah ceri tu....jimat,hehehe. Ketepikan dulu loyang.
Untuk kek:-
  1. Pukul butter dan gula kastor hingga gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji, setiap kali masukkan telur, pukul 1 minit untuk memastikan ia sebati.
  2. Kemudian masukkan serbuk badam dan vanila, sebatikan.
  3. Masukkan tepung berselang-seli dengan jus nanas,adun hingga rata.
  4. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disusun nenas tadi.
  5. Bakar dalam oven bersuhu 170 celcius yang telah dipanaskan terlebih dahulu, hingga masak( lebih kurang 50 minit). Suhu oven ni bergantung pada oven memasing ye.
  6. Bila dah masak, sejukkan dalam 15 minit, baru diterbalikkan kek tadi.

Kek Birthday



Inilah hasil pertama deco kek besday yg saya hasilkan. Kek ni sempena harilahir anak saudara saya,Nur Liyana Izzati. Kek choc moist dengan toping choc ganache yang dihias dengan edible image dan buttercream. Hajat hati nak buatkan kek barbie doll,tapi kesuntukan masa....apa-apa pun dia suka sangat ngan kek ni sbb ada gambar princess2 tu.

Monday, November 17, 2008

Yang telah kucuba

Kali pertama ni saya nak buat entri cuci-cuci mata. Ini adalah antara resipi yg telah saya cuba...gambar saja aaa...Ada di antaranya resipi yang saya ambil dr FP,website dan juga blog yang saya lawati. Melihatkan resipinya yang mudah dan sedap,maka saya telah cuba membuatnya. Inilah hasilnya....

Resipi potato bread ni saya ambil daripada Myresipi. Memang menjadi rotinya,suami dan anak kata macam yg dibeli di C4.



Ini Swiss Roll yang menggunakan resipi dari FP Mak Lang. First time mencuba dan menjadi,cuma 'bajunya' yang tanggal. Tapi skrg dah ok,mau pakai baju....siap kengkawan oder lagi.

Ini pula Blueberry Muffin. Slalu buat muffin mesti keras takpun liat. So kali ini beli je tepung ready mix dan terus ready to eat...:-p

Salam Perkenalan

Sudah lama melawat ke blog-blog masakan dalam alam siber ni. Banyak blog yg menarik,mengancam dan menghiburkan dari segi persembahan dan sudah tentu resepinya yang menyelerakan. Terdetik lak hati ini hendak turut serta mewarnai dan memeriahkan alam siber ini.

Walaupun kali ini tiada entri yang menarik drpd saya....sekadar mengucapkan salam kenal-kenal dan selamat datang ke PRETTY LITTLE CAKE....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails