Followers
Thursday, March 11, 2010
Blueberry Cheesecake
Kek cheese blueberry ni dioder oleh Kak Mahani untuk makan-makan hujung minggu. Kak Mahani kata tak payah deko, cuma letakkan toping blueberru je. Harap Kak Mahani menikmatinya...
Saturday, March 6, 2010
Cheesecake
Oreo cheesecake with fresh strawberry and chocolate grated....oder daripada Kak Noraini untuk di bawa ke Alor Setar. Strawberry tu aku sedekah sebab stok yang ada kat rumah ni tak larat nak makan. Lagipun sweet jer kalo tenggekkan buat strawberry kat atas kek tu....bagi aku ler. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kak.
Wednesday, March 3, 2010
Ayu is 7th...
Ini pula oder drp Amnah untuk birthday anaknya Ayu. Asalnya aku menolak dengan lembut...hehehe...oder ni, sebab adhoc sangat. Amnah oder petang ni dan nak tengah hari esok. Aku pula memang nak kena siapkan oder Kak Sharmila. Alaaa...dua biji jer...kata Amnah, dekonya buat paling simple je. Aku ni kalo hari cuti tak dak masalah, tapi ni hari sekolah...memang kalut. Tapi mengenangkan Am memang selalu oder kek ngan aku, makanya aku pun setujulah, dengan syarat...aku deko setakat yang termampu. Terima kasih Am.
Izzat Hanafi is 6th...
Oder kali ni datang daripada Kak Sharmila untuk birthday anaknya Izzat Hanafi. Dalam kek coklat marble cheese. Kek ni beratnya lebih kurang 1kg. Kak Sharmila minta aku buatkan frosting buttercream ngan edible spiderman.Terima kasih daun keladi ya kak....
Saturday, February 27, 2010
Marble Cheese Chocolate Cake
Ini pula kek Marble Cheese Chocolate with buttercream frosting, saiz 14in x 9in...berat lebih kurang 2.6kg. Kek ni dioder oleh Mdm. Anna untuk meraikan harilahir kawan2nya. Selalunya Anna oder kek carrot cheese, tapi kali ni rakan2nya nak tukar selera pula. Terima kasih banyak kepada Cikgu Anna dan rakan2nya kerana menyokong PrettyLittleCake.
Entah apalah kena arini, masa nak mendeko tu terketar2 tangan...sudahnya tak cantik tulisan atas kek ni. Tu laa lama sangat bercuti....hehehehe...
Pandan Layer
Kek pandan layer saiz 8inci ni pula oder drp Kak Sarina untuk majlis bacaan yassin di surau baru taman perumahannya. Kak Ina oder 2 biji kek pandan layer ni...tapi snap satu je la, sama ghupernya. Terima kasih Kak Ina.
Kek Choc Moist
Subscribe to:
Posts (Atom)