Followers

Thursday, May 14, 2009

Carrot Brownies


Kek carrot ni oder drp Lina untuk diberikan kepada guru tadika anaknya sempena Hari Guru. Lina kata kena bagi hari ni juga kerana Sabtu dan Ahad tadika cuti. Lina mmg suka ngan kek carrot... ( camna Lina, jadi tak resipi yang saya beri tu?) Pukul 9pagi janji jumpa kat depan tadika anaknya. Petang Lina call, katanya semua cikgu anaknya suka ngan kek carrot tu, alhamdulillah. Terima kasih banyak2 Lina.

Tuesday, May 12, 2009

Oreo Cheese Cake


Kali ni Hafizan oder Kek Cheese Oreo, nak coklat yang meleleh kat keliling kek....okay ke Fizan?
Semoga menepati citarasa. Thanks for the oder.


p/s: Yang potong tu versi kat rumah nyer...hehehe
Cukup tak puas hati amik gambor guna hphone ni...blurr & kecik...
Ntah bilalah boleh bli kamera baru.

Happy B'day Nabilah...


Oder drp jiran Kak Sarina untuk birthday anaknya Nabilah yang ke 10 tahun. Semoga panjang umur dan dimurah rezeki Cik Feeza doakan buat Nabilah.

Friday, May 8, 2009

Carrot Cake 4 Mother's Day


Asalnya Lina request carrot cake w/out toping dan walnut cincang halus2. Memandangkan tak perlu nak deco, maka keknya kubuat pagi sebelum hantar kepadanya. Tapi last minute, Lina sms minta tuliskan Happy Mother's Day kat atas kek tu., tak payah deco, wording je. Masa tu aku tengah bersiap-siap nak ke skolah dah, mcm tak sempat jer... Alamak kek panas lagi sbb baru kluar oven, cemana nak tulis ekk??? Selalunya kek carrot yang toping ngan creamcheese, aku akan baked malam. So mudahlah aku mendeco pepagi tu bila ianya dah cukup sejuk. Jadi inilah hasilnya....Lina okay ker? Tulisan tak brapa cantik sbb nak cepat...hehehe. Sorry ek Lina. Anyway thanks so so much for the oder...dah jadi regular customer dah si Lina ni. Thanks again.

Carrot 4 Kak Zaharah


Ini kek carrot ala2 brownies. Kak Zaharah minta kek tu dipotong kecil2, senang nak makan katanya. Kek ni saiznya 9x9 in, drizzled ngan cream cheese. Kak Zaharah nak bawa untuk anaknya yang belajar di MRSM Pendang. Terima kasih kak...

Wednesday, May 6, 2009

Choc Mint Mousse


Alang-alang adun mousse untuk Kak Ita tadi, ku adun juga mousse dengan perisa mint ni. Kali ni nak beri kawan2ku di skolah pula rasa choc mint mousse. Feedback yang diberi....ada yang suka mint flavour dan ada yang kurang gemar. Ramai yang prefer rasa coklat saja. Sesiapa yang berminat boleh contact no ku di kanan blog ni....:-P

Choc Mousse 4 Kak Ita


Kak Ita oder choc mousse untuk makan2 je. Tak mau deco...tp nak almond banyak. So itulah hasilnya....Terima kasih Kak Ita.

Gambar kali ni tak cantik?????(hehehe...mcamlah sebelum ni cantik sangat). Sbb guna hpon je. Mana kamera?......huhuhuhu....hilangggggg. Sedihnya masih terasa hingga kini....walaupun bukan camera digital yang canggih, namun banyak jasanya. Lebih-lebih lagi setelah wujudnya blog ini. Hilang tanpa disedari semasa berhenti di R&R Gunung Semanggol. Sampai rumah baru prasan ianya tak ada. Padanlah kameraku itu dok buat hal seminggu dua kebelakangan ni....card error lah, tak boleh on lah...rupanya tanda-tanda ianya nak pergi dariku( syahdu nyerr ayat...) Kamera tu kubeli dengan duit pertama ku sebagai pemeriksa kertas....kenangan tu. Nampaknya kena menabung lagilah untuk kamera yang baru....entah bila lah agaknya.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails