Followers

Sunday, January 30, 2011

Happy Birthday Muhilan

Kek Butter Coklat, 1kg

Kek ni ditempah oleh Rajeswari untuk hari lahir anak lelakinya Muhilan. Masa hantar ni, Muhilan sendiri yang ambil...punya suka lah dia bila lihat kek ni. Terima kasih Rajes.

Kek Perkahwinan Bertingkat...


yang ni topper, kek butter saiz 6in. 

inilah kek carrot yang di'stack'. Berat nih... 

Aduhai...lamanya tak jenguk sini....bizi sangat2.  Apa pun hari ni curi masa nak masukkan gambar-gambar yang dah lama diambil. Minta maaf pada semua customer...sbb lambat buh N3. 

Kek di atas ialah kek perkahwinan yang ditempah oleh adik sepupu Kak Ruzita...nama tak pasti sebab semua urusan dibuat dengan Kak Ita je. Majlis kahwinnya masa cuti bulan Disember aritu...hehehhe. Gambar lengkap masa majlis tak ada, sebab aku tak dapat hadir. Ini gambar sebelum dihantar ke rumah Kak Ita, rumah pengantin di Baling...jauh juga dari Kulim. Kek topper tu sebenarnya akan diletak atas sebiji gelas berkaki yang akan diletak pula di atas kek yang di'stack'. Apa pun memang banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang proses menghasilkan kek ni. 


Di atas ni pula Kek Carrot untuk hantaran, juga tempahan untuk majlis yang sama. Adik sepupu Kak Ita minta tema krim dan pink. Asalnya nak guna bunga orkid tapi kat sini susah nak dapatkan bunga orkid ready made. Nak buat atau nak tempah takut tak sempat. Nasib baik pengantin setuju guna bunga ros. Terima kasih sangat buat Kak Ita dan adik sepupunya serta ibunya, Mak Su atas tempahan kek-kek ni.

Monday, January 17, 2011

Kek Coklat Moist Tanpa Telur

Kek coklat Moist 1kg

Ini pula kek coklat yang dioder oleh Cikgu P.Parameswary untuk makan2 di sekolah. Cikgu Parames minta kek coklat tanpa telur, tak pernah buat walaupun ada resipinya. Alhamdulillah menjadi dengan elok jer keknya.

Saturday, January 15, 2011

Happy Birthday Atie

Kek Vanila Blueberry Filling, 1kg

Kek ni dioder oleh Amnah untuk hari lahir anaknya Atie. Am kata simple2 jer, utk makan2 family. Terima kasih banyak2 Am.

Tuesday, January 11, 2011

Happy Birthday Adeena

Kek Span Vanila dengan filling blueberry dan strawberry, 1kg

Seperti biasa, Lily akan minta kek dengan edible princess/barbie untuk harilahir Adeena. Tahun ni Adeena request gambar Rapunzel, tetapi sebab Lily oder sehari sebelum, maka tak sempatlah nak oder edible tu. So guna apa yang ada dalam simpanan jer. Cari gambar barbie yang ada ciri-ciri Rapunzel...maka guna yang ni. Terima kasih Lily.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails