Followers

Friday, December 31, 2010

Bulk Oder Cuppies


Semua cuppies di atas ialah oder daripada suami Kak Fazlina untuk sambutan Hari Keluarga tempat kerjanya yang diadakan di Pulau Pinang. Sebanyak 400 cupcake telah disiapkan....deko semuanya sama. Mujurlah oder banyak2 macam ni dapat time cuti sekolah. Kalau hari sekolah....tak mampulah nak menerima. Terima kasih banyak-banyak buat Kak Fazlina dan suaminya atas oder ni.

Tuesday, November 30, 2010

Kek Carrot....Terima Kasih Lina


Kedua-dua kek carrot di atas dioder oleh Lina, my loyal carrot cake customer. Kek yang di atas adalah untuk cikgu-cikgu taska anaknya. Manakala yang di bawah pula untuk makan-makan.  Terima kasih Lina.

Wednesday, November 17, 2010

Kek Coklat Moist

Kek coklat ni kubuat untuk makan-makan family sempena Aidiladha  hari ni.  Nama-nama atas kek tu ialah nama-nama anak saudaraku sebelah suami termasuk nama anakku Batrisyia. 10 orang dah cucu mertuaku...5 lelaki dan 5 perempuan. Ahli baru ialah Qaisara...baru seminggu usianya. 

Kek Coklat Moist

Kek Coklat Moist 2kg
Kek ni ditempah oleh Nisha untuk Hari Lahir ibunnya. Ni kali kedua Nisha oder kek coklat moist dengan PLC.  Terima kasih Nisha.

Tuesday, November 16, 2010

Kek Carrot


Kek Carrot 1kg
Kedua-dua biji kek di atas ditempah oleh Kak Su dan rakannya dari SMK Teknik Kulim. Terima kasih ya Kak Su.

Sunday, November 14, 2010

Kek Prune

Kek Prune 1kg dengan buttercream

Kek ni ditempah oleh Kak Min untuk makan-makan dengan teman-teman dan beberapa pelajar Form 6.  Kek prune pertama yang kubuat untuk jualan...selalunya buat untuk makan sendiri je.  Kak Min kata sedap sebab terasa  buah prunenya. Terima kasih banyak Kak Min.

Friday, November 12, 2010

Kek Carrot

Kek Carrot 1.5kg
Kek carrot ni kubuat untuk makan-makan semasa mesyuarat PMR yang lalu.  Masing-masing bawa makanan untuk jamuan kecil selepas mesyuarat akhir hari tu.

Thursday, November 11, 2010

Kek Blueberry Lagi...

Kek Blueberry dengan fresh cream 1kg
Tempahan oleh Ustazah Siti Zaharah sempena ulangtahun perkahwinannya.  Kak Siti terus tempah kek ni selepas tengok kek blueberry yang ditempah oleh Kak Sal aritu. Nak hiasan yang sama, tapi ku tambah sedikit dengan sugarpaste bentuk hati tu. Terima kasih kak Siti.

Wednesday, November 10, 2010

Jamuan Kelas 6R3

Kek Carrot 1.2kg
Tempahan oleh Kak Normah untuk jamuan akhir tahun kelasnya. Okay Lu'lu, cikgu dah upload gambar keknya. Terima kasih banyak-banyak kak Normah.

Tuesday, November 9, 2010

Kek Blueberry

Kek Blueberry dengan fresh cream
1kg
Tempahan oleh Ustazah Salmah untuk jamuan akhir tahun Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMKK.  Terima kasih banyak2 kak Sal.

Happy Birthday Irfan

Kek Carrot 1kg
Tempahan drp EJ rakan cikgu Sharifudin. Terima kasih.

Monday, November 8, 2010

Kek Coklat Moist Deepavali

Kek Coklat Moist 1kg

Kek coklat ni ditempah oleh Cikgu Vespalinggam sempena Hari Deepavali yang baru lalu. Terima kasih banyak-banyak atas tempahan ni ya Cikgu Vespa.

Friday, October 29, 2010

Selamat Bertunang Safwan


Kek Carrot & Cream Cheese Frosting
1kg

Kek carrot ni dioder oleh kak Ita untuk majlis pertunangan anak saudaranya Megat Safwan....ex-student aku juga.  Kak Ita minta tema putih keknya. Terima Kasih Kak Ita 

Thursday, October 28, 2010

Kek Cheese Coklat
Kek  cheese ni dioder oleh Puan Zuraidah dari Kolej Mara Kulim untuk harilahir pertama babynya Nuwairah.
Yang istimewanya ialah tarikh lahirnya....20.10.2010. Terima kasih Puan Zuraidah.



Kek Span Dengan Filling Blueberry
Kek ni pula dioder oleh Nani untuk harilahir anaknya Shauqina dan Nasrul.  Gabung sekali sambutannya, tu yang ada dua edible image...satu Upin Ipin untuk Nasrul dan Barbie untuk Shauqina.  Terima kasih Nani.

Choc cupcake
Ini pula cupcake coklat yang dioder oleh suami aku...hehehe...untuk diberikan kepada pensyarah/supervisor thesis dia. Request last minute.....sampai je rumah lepas skolah, terus minta aku buatkan. Nak ke UUM esok awal-awal pagi. Malam tu bersilat gaklah nak siapkan....letih ooohhh.

Sunday, October 17, 2010

Carrot Cake

Kek carot ni dioder oleh Linda, skali ngan popcake.  Tapi baru sempat nak upload sekarang. Kek carot ni berat lebih kurang 1kg  dan disaluti dengan creamcheese. Antara kek yang famous dalam kalangan customer Pretty Little Cake.

Saturday, October 16, 2010

1st Popcake Oder...




Ini kali pertama ambil oder POPCAKE, walaupun dah attend kelas pada bulan Jun lalu.  Nak asah balik skill yang dah belajar dulu memang menduga kesabaran. Nasib baik sikit je...dalam 40 biji lolipopcake.
Lolipopcake ni diorder oleh Linda untuk diberikan kepada rakan-rakan kelas anaknya Fatin. Tahun ni merupakan tahun akhir Fatin di sekolah rendah, tahun depan dah naik sekolah menengah.  Terima kasih Linda.  Semoga menepati kehendak Fatin..

Sesiapa yang berminat nak rasa Popcake ni boleh ler contact saya. Nak buat doorgift pun sesuai. Kanak-kanak mesti suka.


Saturday, October 9, 2010

Tempahan-tempahan Yang Lalu...

Kek Chocolate Cheese - Kak CT Marhaini

Kek Cheese Blueberry - Kak Mahani KTC

Kek Span Coklat - Kak Sarina

Kek Cheese Blueberry - Lily

Kek Choc Moist Toping Chocolate BC - Kak Kauthar

Kek Oreo Cheese - Qamarini
Kek Coklat Moist - Hedayah

Kek Span Coklat 'Football Theme' - Lily

Semua kek di atas ialah tempahan sebelum raya dan selepas raya.  Upload semua sekali, takut lagi lama simpan, lupa trus nak upload. Kepada teman-teman yang menempah, diucapkan terima kasih banyak2.

Saturday, July 31, 2010

Kek span coklat  1kg




Kek chocolate moist 1kg ni tempahan member suamiku untuk harilahir anaknya. Tapi aku hairan..."pasai apa atas dia kedut?"  Sebelum masuk peti ais, licin...bila bawak keluar, berkedut jadinya.  Anyway terima kasih kepada En. Husni dan Kak Ani.

Tempahan Sepanjang Julai...

Jemput jamu mata. Kek-kek ni merupakan oder sepanjang Julai.  Sekarang ni makin malas nak buh entri satu persatu. Bukan apa, semua gara-gara nak upload gambar ke dalam blog ni kadangkala boleh menggugat kesabaran....ada masa okay, ada masa lambat betul proses nya. Jadi senang cerita, upload semua skali.  Layannn....















Sunday, June 27, 2010

Chocolate Sponge Birthday Cake

Kek Span Coklat seberat 2kg ni ditempah oleh cikgu Prasekolah SK Junjong untuk sambutan harilahir
 anak-anak muridnya. Sebenarnya tempahan diminta untuk 1kg jer...tapi yang lebih tu kira kenduri drp aku le. Terima kasih banyak-banyak atas tempahan ni.

Saturday, June 26, 2010

Popcake....cakebite....ect


Semasa cuti skolah yang lalu, aku telah meluangkan masa berguru dengan Asya untuk mempelajari cara menghasilkan Popcake ni. Keknye simple saja tetapi proses penghasilan tu yang 'renyah' sedikit....dan hasilnya memang cantik dan sedap. Sesuai kalau dijadikan doofgift, hantaran dan apa jua majlis. Popcake ni disaluti coklat dan dihias dengan taburan manik gula atau coklat berwarna. Terdapat pelbagai bentuk yang boleh dihasilkan, antara yang paling aku suka ialah Lolipopcake....memang cantik kalau dijadikan doorgift. Kalau anda berminat, boleh call, email atau sms saya untuk tempahan.

Father's Day Cuppies

Choc cupcake ni ditempah oleh Ayuni untuk ayahnya sempena Father's Day. Ayu minta buatkan deko simple-simple jer. Harap menepati citarasa Ayu. Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails