Followers

Monday, June 29, 2009

Pandan Layer


Pandan Layer untuk Kak Sarina


Kat bawah ni pula Pandan Layer untuk Amnah

Sebelum pakai 'bedak'


Selepas pakai 'bedak'


Semalam menyiapkan dua biji kek Pandan Layer untuk Amnah dan Kak Sarina. Amnah nyer yang bulat tu. Kek ni sedap makan setelah disejukkan dalam chiller.

Terima kasih Am dan Kak Ina.

Sunday, June 28, 2009

Happy Anniversary...


Carrot Cake with Cream Cheese frosting
10" @ 2kg

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 10 buat Lina dan suami. Lina ni mmg peminat carrot cake sbb kali ni pun oder kek karot untuk anniversary nya. Cuma kali ni keknya besar sikit.
Terima kasih banyak2 Lina.

Saturday, June 27, 2009

Cheese Marble Chocolate Cake


Kek Coklat Marble Keju
8" @ 1.2kg

Oder drp Kak Sharmila untuk harilahir anaknya Wan Nurhayani cum birthdaynya juga. Hehehe...biar anak je lah yang tiup lilin katanya. Kak Sharmila minta buatkan kek yang paling sedap dan anak2 suka....apa ya? Kanak2 ni selalunya kalah ngan coklat so aku buatkan kek coklat yang di'marble'kan dengan cream cheese. Apa2 pun semoga kak Sharmila dan famili gembira menikmatinya. Terima kasih banyak2 kak...

Friday, June 26, 2009

Kek Pandan & Vanila


Ini kek span perisa pandan dan vanila. Mula2 dapat oder ni pening gak memikirkan cemana lah agaknya rasa kek tu agaknya ekk? Sebab ada rasa pandan ngan vanila...dua kali bertanyakan tuan yang oder, nak butter cake ke @ kek span. Tapi katanya tak kisahlah memana pun asalkan ada rasa pandan ngan vanila sbb hubby nya suka flavour tu. Maka, dengan senang hati kubuat kek span dan vanila. Lepas tu ku layerkan keduanya....boleh? Apa-apa pun semoga ianya menepati citarasa Kak Mahani dan hubbynya. Terima kasih banyak2.

Blueberry Cheesecake


Sebenarnya kek ni Lily oder untuk Hari Bapa minggu lepas, tapi disebabkan aku ada hal yang emergency pada masa tu, maka terpaksalah cancel oder tu. Lily nak juga kubuatkan kek cheese ni untuk minggu ni dan tulis gak Happy Father's Day. Lambat pun tak apa katanya asalkan dapat makan cheesecake. Terima kasih banyak2 Lily...

Thursday, June 25, 2009

Berakhirnya Hidup Seorang Ikon Pop...




Terkejut juga baca headline kat Yahoo masa buka internet awal pagi tadi untuk upload n3 terkini. Penyanyi yang terkenal dengan lagu2 pop, Michael Jackson, 50thn, telah meninggal akibat 'cardiac arrest' atau degupan jantung yang berhenti tiba2.
Sebenarnya saya bukanlah 'die hard fan'nya, tapi memang suka dengar kebanyakan lagu-lagu MJ ni sejak zaman sekolah lagi hingga kini...

Cupcake Elmo


Hehehe...dapat buat cupcake lagi. Kali ni oder drp Hafizan pula untuk dibawa ke nurseri sempena birthday anaknya. Nak try buat Elmo la pula...(sker ngan nozel bulu2 ni). 25pc untuk nurseri dan 6pc untuk yg di rumah. Juga menggunakan resipi chocmoist. Terima kasih Fizan...semoga Adam suka ngan Elmo yg cik Feeza buat ni.

Wednesday, June 24, 2009

Cupcake


Dah lama tak buat cupcake, tiba-tiba Kak Kauthar oder cupcake untuk makan2 lagi. Kek coklat aritu tak cukup...hehehe. Cupcake ni coklat moist dengan toping buttercream. Huruf2 tu ialah huruf pertama nama anak2 Kak Kauthar iaitu Fathinah, Musfirah dan Ahmad Farouq....semoga mereka suka dapat cupcake ni. Terima kasih kak...

Happy Birthday Hamizan...


Kek Span Coklat dan buttercream
9" @ 1.25kg

Ini pula oder drp Cikgu Faridah untuk harilahir anak muridnya di prasekolah....seronok bebudak tadika skrg ni, dapat potong kek kat skolah. Deco...out of idea lah pula malam tadi...jam 4.30 pagi baru masuk tidur. Terima kasih banyak2 Cikgu Faridah.

Saturday, June 20, 2009

Selamat Hari Bapa


Chocolate Moist Cake
8" @ 1kg
Kek Coklat Moist ni oder drp Kak Kauthar untuk sambutan Hari Bapa. Pukul 6.55pm semalam, Kak Kauthar sms tanya sama ada boleh buatkan kek yg simple untuknya. Mujur tak ada oder lain so aku pun terimalah tempahannya. Lagipun dia nak ambil hari Ahad tengahari, jadi sempat sangatlah nak buat. Terima kasih kak...(ini oder yang kedua drp Kak Kauthar)

Thursday, June 18, 2009

Kek Choclate Moist


Kek Chocolate Moist
8" @ 1.5kg

Kek Choc Moist ni dioder oleh Kak Norida untuk makan2 cum birthday anaknya yang dah lepas. Tak mau tulis apa2 cuma nak gambar spongebob ajer. Kali ni guna resipi kek choc moist kukus. Rasanya lebih moist dan sedap. Kek ini ku 'layer'kan choc ganache. Harap akak berpuashati dan terima kasih banyak2.

Saturday, June 13, 2009

Yam Layer dan Oreo Cheesecake



Oreo Cheesecake
6" @ 750gm

Keladi Layer/ Yam Layer
8" @ 1.6kg
Kek-kek di atas ditempah oleh Nurul (USM). Mula2 tu tertanya2 siapalah gerangannya. Tapi bila Nurul datang ke skolah untuk ambil kek yang ditempah, baru perasan rupanya dia pernah praktikal di skolahku. Selalu tgk muka, nama tak ingat sbb Nurul di sesi pagi dan aku pula sesi petang. Masa deal melalui phone tak terlintas nak tanya. Masa oder aritu, aku berada di Shah Alam dan banyak sangat program. Tak sangka Nurul tunggu juga kepulanganku...cewah...hehehe. Anyway akak ucapkan terima kasih banyak2 Nurul, harap menepati citarasa.

Friday, June 5, 2009

Happy Birthday Adam


Kek Sponge ngan filling Strawberry ni oder drp Fiza untuk birthday anaknya Adam...yang ke berapa ekk? Fiza tak gitau lah pula. Sebenarnya sebelum cuti lagi Fiza oder, hajat nak ambil last day sekolah tapi aku pula dah terlupa...sbb sambil sembang2 dia oder, hehehe. Tapi memang birthday nya esok 3hb Jun. Nak ambil awal tu sebab ada kenduri di kampungnya. Any way terima kasih Fiza.

Sponge Cake with Strawberry Filling
1.5kg (10")
Ben10 Edible Image

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails