Followers

Thursday, April 30, 2009

Siti Najihah is 11th...



Oder kali ni drp jiran sblh rumah Lily iaitu K.Mahani. Kek blueberry layer, choc buttercream + edible image Barbie dan berat dalam 1.45kg. Semoga birthday girl ni suka dengan kek ni. Out of idea sebenarnya...cuti hari pekerja, idea pun cuti gak...hehehe.

Carrot Cake 4 Hedayah


"Aku mmg suka sangat benda ada cheese ni. Carrot cake, cheese kasi lebih aaa,"... okay ler, Hedayah. Hah, inilah hasilnya....harap berpuashatilah Cik Nor,ya.

Terima kasih banyak2.

Choc Mousse for Fazlina


Kali ni K.Fazlina request kek choc mousse. Nak kecil jer katanya....hehehe, orang tgh sarat ni. Terima kasih banyak2 atas oder kali kedua dalam masa beberapa hari selepas carrot cuppies tu.

Mousse Choc


Chocolate Mousse oder drp Lina. Thanks a lot Lina for this third oder. Harap berpuashati.

Wednesday, April 29, 2009

Strawberry Mousse Cake


Kali ni Lily oder Strawberry Mousse Cake. Family dia memang suka sangat dengan stoberi ni. Tapi sayang, tak leh deco ngan fresh strawberry....Sekitar Kulim ni tak da buah ni. Kalau nak kena pergi Tesco @ C4 di Seberang Jaya, P.Pinang. Rasa cam tak berbaloi pula kalau semata2 nak pi beli buah tu. So sesapa yang teringin nak deco guna fresh stoberi bolehlah maklum seminggu awal, hujung minggu slalu gak pergi Tesco. Anyway Lily ni tak kisah, cuma aku je lah yg tak best....kalau ada fresh strawberry baru kena ngan kek ni.

Dalam mousse tu dicampur dengan strawberry pie filling so bila makan terasalah juga buahnya....tuu yang tompok2 gelap tu buahnya tau.
Terima kasih banyak2 Lily.

Monday, April 27, 2009

Pandan Layer


Ini pula oder yang kedua drp Lina. Tapi kali ni nak cuba pandan layer pula. Harap Lina sekluarga suka. Thanks Lina.

Choc Mousse


Kak Sharmila nak kek yang lain drp biasa,untuk makan2 je. So aku buatkan kek choc mousse ni. Tapi tak smpat nak deco cantik2. Harap Kak Sharmila berpuashati. Terima kasih kak, ni oder yang kedua drpd nya.

Saturday, April 25, 2009

Chipsmore Chocolate Cheesecake



Ni pula request drp anak perempuanku yang sorang tu. Umi asyik buat kek kat orang je, dia pun nak juga. So buatlah untuknya ciskek ni. Asalnya nak guna Oreo, tapi terbeli Chipsmore...hantam je la, Chipsmore pun biskut gak...hehehe. Kecik je, saiz 6". Itu pun tahan 3 ke 4 hari baru nak abis. Basenya guna kek span, tapi filingnya kucampur ngan chipsmore yang telah dipatah2kan. Asalnya nak buat base biskut, tapi dah ada lebihan kek span, guna je lah drp terbuang.

Cheesecake


Ini oder drp Adlina(...betul ke??...ampun kalau silap...tadi line x brape elok). Mula tu suaminya, Khairul yang call oder plain ciskek, tapi lepas tu Adlina pula call tmbah toping blueberry. Apa2 pun minta maaf banyak2 sbb base tu kena cut & paste. Bakar kek span guna loyang 8", tpi bila masuk ke dalam loyang springform 8", terkurang pula ukur kelilingnya....kek mengecut kot. Tak dpt nak deco cntik2, sbb mmg tak smpat(ni adhoc oder le kiranya...)

Thursday, April 23, 2009

1st Carrot Cuppies


Oder drp Fazlina untuk makan2....orang tgh ngidam nii. Tak mau kek besar, nak cuppies je sbb comel...hehehe. Harap ianya memenuhi citarasa...thanks sis.
p/s: Kak Ana(Elianas),camner? Okay tak ni? hehehe...kena rujuk sifu gak.
Ini pula xtra adunan, so guna acuan oval je...tu pun dapat 2 biji. Satu Kak Sal ambil dan satu lagi Kak CT Zaharah.....terima kasih bnyk2.

Monday, April 20, 2009

Kamera la pulak....

Huhuhuhuuuuu.....dah sah memory card problem. Habis sumer gambar tak boleh tgk. Kelmarin punyer kek besday pun tak dapat nak masukkan story. Sorry Kak Normah, tak dapat tayang kek Ben10 Afiq kat sini.... Nampaknya kena beli memory card baru lah kot. Bleh repair ke??? Tak penah alami lg masalah ngan digital camera ni....any idea???

Thursday, April 16, 2009

Kek Carrot



Lily oder kek carrot untuk makan-makan. Satu topping ngan cheese dan satu lagi plain. Terima kasih Lily.
p/s: mmg sah dah hilang gambar2 kek yang ada dlm memorycard camera aku....nasib baik dah upload ke dlm pc semuanya kecuali untuk gambar2 yang diambil pada 16hb April.

Blueberry Hedayah


Nor Hedayah request kek macam blueberry tapi coating ngan cheese dan spread ngan blueberry. Memula tu pening gak, cemanalah jenis kek yang kawan aku nak ni.....bukan blueberry cheesecake atau kek blueberry. Nor kata ko buatlah cemana pun, asalkan bukan cheesecake :? So aku pun cuba ajelah...spongecake, layer ngan blueberry pastu coating ngan creamcheese dan buh blueberry kat atasnya. Harap menepatilah citarasa si Nor.....

Kek carrot

Kek carrot oder drp Lina(mama-adel)....my 1st online customer. Terima kasih banyak2 Lina atas oder ni. Mulanya janji hari Rabu, tapi mixer buat problem pula so kenalah tunda ke hari Khamis. Terima kasih skali lagi Lina kerana memahami, siap offer mixer dia lagi...hehehe, terima kasih. Seronok dapt jumpa Lina, tapi tak dapat nak sembang lama, Lina ada kelas dan saya pun nak kena pi skolah. Insya Allah di kesempatan yang akan datang kita sembang panjang2....
Ohhhh tidak...!!! camera prblm lah pulak....gambar-gambar kek aku dah hilang. Camner boleh jadi begini??? Alahai Lina, tak dapatlah nak upload gmbar kek yang Lina oder tu...

Happy B'day Najat


Kek blueberry layer dengan choc buttercream toping ni dioder oleh Ku Mahfuzah untuk anaknya Najat Yumnie yang berumur 1 tahun. Last minute Ku minta tambah nama anak saudaranya Ika. Terima kasih Ku. Kek ni bersaiz 9.5inci dan berat hampir 1.8kg. Ku minta gambar spongebob...(Ila, ni lah edible yang akak ambil ngan Ila aritu...)

Wednesday, April 15, 2009

Kaki...oh...Kaki


Kali ni N3 pasal kaki pula....hehehe lari drp tajuk baking. Saja nak berkongsi cerita, kut-kut ada sesiapa yang ada pengalaman yang serupa,petua atau apa saja yang berkaitan ngan masalah SAKIT TUMIT ni. Hari ni pi klinik sbb tak tahan menanggung sakit dan bisa tumit serta kaki. Kena cucuk pada dua tempat di kaki yang sama....huhuhu... Sblm ni pun doktor suggest untuk ambil steroid ni, tapi aku menolak. Nak cuba cara tradisional dan petua2 yang ada, tapi still tak berkesan. Entahlah mungkin sbb tak ikut betul2 petua kut. Akhirnya aku akur gak bila ke klinik petang tadi. Sebenarnya sakit tumit ni dah lama aku alami, sejak anak dara lagi dan sewaktu zaman aku slim lagi (ada yang kata sbb badan berat...so kaki tak leh tanggung???) Dulu tumit saja yang sakit, tapi sejak bulan Disember aritu melarat ke bahagian atas tumit (urat keting ek?) Ni kira tahap yang tak tertahan sakit dah ni, tu yang pi cucuk gak. Dengan keadaan kerjaku yang boleh dikatakan berdiri sentiasa...dah tu takkan nak ngajar smbil duduk ye tak?... pastu balik, kekadang menyiapkan oder kek (berdiri gak bila time mendeko)...memang tak tahan sakit dan lenguhnya. Kekadang malam hari mnta hubby dan anak tolong picit2 bhgn kaki ni, tp kalau hari2 kesian gak kat orang yang memicitnya. Ni tgh berehat, sementara sakit bekas kena cucuk tu hilang....ni pun ada lagi 3 oder yang hendak kena settle malam ni. Mujur lah yang simple2 je odernye....

Monday, April 13, 2009

Swiss Roll


Baru menyiapkan 3 biji Swiss Roll untuk tuan yang berbeza. Blueberry Swiss Roll oder drp Ana Suhana. Strawberry dan Pandan Swiss Roll oder drp Hafizan. Dah lama juga tak meng"roll" ni, tu yang tak berapa cntik hasilnya. Anyway terima kasih banyak kpd Fizan dan Ana, akak harap korang menikmati rasanya berbanding rupanya...hehehe.

Kek Oren


Kelmarin cuba buat kek span tp kali ni guna oren pula sebagai layer. Guna acuan bujur. Kek kecil je sbb...cobaan. Kalau buat besar, tak ada siapa yang nak makan...kat rumah ni, depa dah jemu ngan kek. Atas kek tu coating guna orange filling...comot????.... sendri makan tak apa. Tapi lupa pula nak snap gambar yang dah dipotong.

Anom lagi...


Ini pun oder drp Anom. Katanya untuk makan kat rumah pula, dah yang tu untuk Taska. Nnt ada lak yang kempunan. Kek yang sama iaitu blueberry layer tapi guna fresh cream dan blueberry sbg deco. Tak payah tulis2 sbb nak ngap jer...suka hati ko lah Anom. Terima kasih banyak2 Anom, ini oder yang kali ke 4 drp ko....hehehe.

Sunday, April 12, 2009

Rauqah is 6...


Kek birthday ni oder drp Anom untuk birthday Rauqah di Taska. Kek blueberry + buttercream deco.

Wednesday, April 8, 2009

Chocolate Blueberry Layer Cake


Kek Spiderman ni oder drp Hafizan. Untuk makan-makan, tapi nak gambar Spiderman... request oleh anak lelakinya. Terima kasih banyak2...hope u enjoy the cake.


Ni pula kek blueberry gak tapi oder oleh Hafizah. Nama lebih kurang ngan tokey gak dua oder kali ni hehehe....thanks Fiza.

Chocolate Blueberry Layer dan Pandan Layer


Kek-kek ni dioder oleh jiran Kak Sarina...alahai lupalah pula nama mereka. Apa-apapun terima kasih banyak-banyak. Terima kasih juga pada Kak Sarina kerana meng"introduce" kek saya kepada jirannya.

Carrot Cake


Kek carrot saiz 6in dioder oleh kawan-kawan di sekolah. Nampaknya dah jadi favourite depa lak kek carrot ni, alhamdulillah. Sapa-sapa minat boleh oder gak. Email ke citra74@gmail .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails