Followers

Wednesday, December 24, 2008

Cuppies Jamuan


Hari ni mesyuarat,biasalah dah nak mula sessi persekolahan tahun baru . So dari petang semalam membaking cuppies ni untuk dibawa ke sekolah....kenduri untuk kengkawan cum promosi gak. Semuanya ada 140pcs....buat xtra.
Cuppies ni perisa Choc Moist. Memula tu nak topping semua cuppies dengan ganache tp tak cukup pula, so buat buttercream je lah. Nak buat ganache pun dah tgh malam, nnt tak tidur lah pulak. Esok kul 8.30 pagi mula meeting. Pukul 1.35 am baru siap semuanya termasuk pakaging. Nasib baik anak dara sorang ni rajin menolong.

Monday, December 22, 2008

Choc Peanut Butter CC dan cream puff


Ini pula choc peanut butter yang dihasilkan semalam. Resepi ni diambil daripada blog bakefreshly. Memang sedap rasanya....thanks Ana kerana share resipinya.



Dalam masa yang sama, anak pula minta buatkan creampuff ni. Yang ni blom bubuh custard lagi.

Tensionnnnnn.....

Entah kenapalah ngan server mlm ni....berpuluh kali try upload gambar, satu pun tak boleh. Dah tension tahap gabannnn dah ni. Melambatkan kerja dan membuang masa je menunggu lama-lama camni. Nyesal pun ada gak ambil broadband brand ni...kata liputan meluas,tp kat bandar pun payah nak dpt high speed connection... Asyik disconnect adalah.

Dulu tak mau streamyx, sbb nak ke mana2 payah nak guna. Tu yg beli broadband...

Sabar...sabar...sabar.....

Monday, December 15, 2008

Kek Lapis Oreo


Dah lama buat sebenarnya Kek Lapis Oreo ni.Cuma sekarang baru ada masa untuk upload gambarnya. Resipi ni saya ambil dari blog Mat Gebu. Sepatutnya kat atas tu susun biskut Oreo juga...tapi tengok-tengok biskutnya dah selamat dimakan oleh anak daro den,yang ada serbuknye aje...so ku taburkan saja serdaknya itu.Okaylah tuu...
Tapi buat lapis melapis ni memang renyah kerjanya. Kalau tengok kat blog cik Mat ni, memang elok kek lapis yang dibuatnya...gambar-gambar yang diambil pun cantik2 settingnya.

Choc Moist Cake



Ini kek Choc Moist yang dibuat minggu lepas.Special untuk adik saya yang mengidam sangat nak kek coklat ngan strawberry. Hehehe...bulan Januari ni bertambahlah sorang anak saudara.
Sesiapa yang berminat nak oder pun boleh...do email me at citra74@gmail.com.

Kelas Basic Sugarpaste&Gumpaste


Posing ramai-ramai ngan kek memasing.....
Aida, Sue, Shinde dan Yani.

Awal bulan Disember saya attend kelas Basic Sugarpaste & Gumpaste yang dikendalikan oleh Kak Yasmin owner Bakingproject.Kebetulan saya pulang bercuti ke "kampung" di Shah Alam. Alang-alang berada di sana lebih kurang 3 minggu,saya pun daftarlah kelas Kak Min...dapat gak menambah ilmu.Memang dah lama mengintai bakingproject.com....cantik deco kek-keknya. Terima kasih banyak-banyak Kak Min atas ilmu yang dikongsikan itu. Atas ni gambar kek yang di'deco' oleh student hari tu...Sue,Yani,Aida dan Shinde.

Ini pula deco hasil tanganku sendiri,mmg puas hati... for beginner macam saya, mmg mencabar nak hasilkan sebiji kek sebegitu rupa.Tapi setelah selesai deco,tahap confident saya bertambah untuk menghasilkan kek fondant...hehehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails